Tips nak buat FAMILY DAY :)

 

Akhirnya (FD)2 4G (Fatimah Dahlan’s Family Day 4 Generation) berjaya diadakan! Ni semua impian keluarga generasi pertama, pakcik-makcik yang nak kumpulkan keluarga kami di satu malam pesta muda mudi eh eh tak. Sejak atok kami (Arwah Tok Fatimah Dahlan) meninggal, kami dah susah nak berkumpul sama. Nak jumpa kat kampung pun susah. Dan sebahagian dari kami memang tak kenal antara satu sama lain. Kasihan bukan. Jadi objektif Hari Keluarga ni yang paling penting adalah untuk mengenali antara satu sama lain selain mengeratkan silaturrahim antara kami.

Perancangan nak buat family day ni sebenarnya dah lama. Hampir setahun! Tak mudah sebenarnya nak kumpulkan kesemua generasi keluarga kami. Keluarga kami besar, hampir 200 lebih orang secara keseluruhannya. Jadi mesyuarat AJK pertama kami dah lakukan pada awal tahun, January 2017. Kebanyakkan AJK adalah daripada generasi kedua, sepupu-sepapat Totin. Yang plan nak buat Family Day, especially untuk family besar macam kami, meh Totin bagi tips and steps!

  1. Tubuhkan Pengerusi & AJK

Yang ni benda penting dan paling awal kena buat. Lantik seorang pengerusi. Pengerusi mestilah antara yang boleh dihormati, yang boleh handle pressure, dan pengalaman dalam sebuah pengurusan. Sebab pengerusi ni lah yang mempengaruhi kejayaan family day ni. Kalau pengerusi pun krik-krikkk maka terkaburlah impian anda selama ini ;p

Selain pengerusi, kena lah ada setiausaha, bendahari, AJK pemakanan, AJK pengangkutan&penginapan, AJK siaraya, AJK cenderahati, AJK Aktiviti, AJK salasilah, dan AJK Keselamatan. Ni antara AJK kami, korang nak tambah pon boleh.

Lepastu make sure tubuhkan wakil family (AJK yang menjadi perantara untuk keluarga kecil mereka). Sangat penting untuk family besar. Wakil ni lah yang menjadi orang tengah untuk bagi informasi kepada keluarga masing-masing.

Totin ditugaskan sebagai AJK Siaraya. uhuk beginilah nasib AJK Siaraya, paling tak banyak gambar sendiri. Hahaha. selfie je lah jawapnya

2. Tetapkan tarikh dan tempat

Masa meeting pertama, kami dah tetapkan tarikh. 2 & 3 September 2017. Sebab tarikh tu adalah hari raya AidilAdha dan itu lah yang paling sesuai untuk kami berkumpul. Tarikh tu dah tetap, memang tak ada kompromi lagi selepas itu. Kalau nak tunggu semua 100% free untuk datang family day memang susah la.

Tempat pula, kena buat list dan survey few areas. Banyak sebenarnya tempat kami survey. Dan akhirnya kami memilih D’nelayan Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka untuk jadikan tempat family day kami. Melaka memang tempat strategik memandangkan kebanyakkan kami dari kawasan Selatan.

3.  Promosi

Kena banyakkan promosi, give the info to all your family members. Sebarkan poster kepada setiap wakil family. Sebab tu wakil family tu penting. Untuk family Totin, kiterang ada Facebook Group sendiri untuk kami sekeluarga besar. Jadi banyak info yang kami sebarkan dekat situ. Tapi tak semua juga yang aktif facebook. Ada juga pakcik-makcik yang tak berapa celik IT, jadi kami kena inform direct by phone or jemputan langsung . Make sure buat promosi se awal yang mungkin, jadi keluarga boleh aturkan plan dari awal.

4. Salasilah keluarga dan anggaran kehadiran

Kitorang simpan masterlist dalam satu file cenggini. Sebenarnya plan nak buat board and tampal bagi semua orang nampak dan kenal salahsilah masing-masing. Tapi tenaga kerja tak cukup, jadi beginilah. Masterlist untuk simpanan. Kami akan update bila diperlukan.

Kena ada seorang AJK yang bertanggungjawab dapatkan senarai lengkap salasilah keluarga kesemua keturunan. Senarai nama, umur dan generasi ke berapa. Kemudian dah boleh minta wakil AJK setiap keluarga untuk dapatkan anggaran kehadiran keluarga. Dari situ kita dah dapat budget berapa ramai yang datang, berapa banyak bilik hotel yang diperlukan, kos makan dan lain2. AJK penginapan mula lah bekerja untuk sort out kan keluarga mengikut bilik masing-masing. Kena adil dan saksama biar semua dapat bilik. Kang ada yang kena pasang khemah tidur dipersisiran pantai pula.

5. Baju!!!

Bila dah dapat anggaran berapa ramai nak join, kami pun buat tempahan baju! Antara semua AJK, rasanya AJK yang handle cenderahati dan pakaian ni paling pening kot. Sebab nak kena buat tempahan mengikut size baju, tempahan baju make sure kena buat paling lewat sebulan sebelum event. Selalunya kedai printing tak ambil order lewat-lewat ni.

Ikutkan tak minat sebenarnya design baju ni. So JDTish tapi bila ramai-ramai pakai, lawa la juga! Baru lah nampak kami keluarga Johor -_-

6. Aturcara majlis

Yang ni pun penting. Make sure objektif tercapai.  Basically ni aturcara kami haritu. So far okay cuma timing je kadang ada lari sikit especially part solat maghrib-isyak hari pertama tu. Sebab kami sambung dengan solat hajat, tahlil solat sunat, jadi waktu acara malam jadi lewat mula .

Aturcara Majlis:

SABTU 2/9/17

3.00pm : Pendaftaran bilik, pengagihan T-shirt @D’Nelayan/Ruqayah. Aktiviti bebas.

7.15pm : Solat Maghrib-Isyak jamak takdim, tahlil arwah dan kesyukuran. @Surau D’Nelayan

8.30pm : Majlis makan malam @Ruang makan D’Nelayan (Detail TBD).

10.30pm ~ Aktiviti bebas.

AHAD 3/9/17

5.50am : Subuh @Masjid Sg. Tuang

7.00am : Breakfast @D’Nelayan

8.00am : Group Foto @D’Nelayan

9.00am : Sukaneka @D’Nelayan (Air Kordial disediakan).

11.00am : Minum pagi dan penutup.

12.00pm : Bersurai

Yang bestnya, pihak hotel D’nelayan ada menyediakan satu ruang dewan kecil untuk kami. Jadi tempat ni kami buat tempat solat dan tahlil malam ni, Sebelah dewan ni pula ada ruang makan untuk acara Majlis makan malam. Jadi untuk pakcik-pakcik kami tu senang, tak payah jalan jauh.

7. Majlis makan malam

Acara Makan Malam. Make sure dah lantik EMCEE ok?

Malam kemuncak adalah majlis makan malam. Sebab ada antara keluarga yang tak stay hotel, yang balik hari. Ada yang tak join sukaneka keesokan hari, jadi malam ni lah kami berkumpul meriah ramai-ramai! Waktu majlis makan malam ni kami adakan acara cabutan bertuah. Jadi masing-masing excited tunggu nombor naik. Kalau nak lebih meriah lagi, boleh buat acara suai kenal waktu ni. Ataupun buat short kuiz salahsilah keluarga,

Basically hadiah cabutan bertuah simple-simple je. Budget tak besar. Lagipun untuk suka-suka. Dapat bakul pun orait apa? Cik kak ni kenapa masam plak ni?

Majlis malam tu kami serikan dengan majlis potong kek untuk anak buah yang baru melangsungkan perkahwinan. Ololoo sweet sangat pasangan pengantin ni. Yang baju merah tu Generasi ke3 Tok Timah.

Kek sponser dari sepupu Totin. (Generasi ke2) . Cantik kan dia buat. Yang ni kek khas untuk keluarga kami yang sambut hari jadi bulan September. Pakcik, makcik, sepupu, anak buah, cucu semua potong kek ramai-ramai.

Percaya tak, ni semua anak-anak buah Totin. Yang baju merah kecik tu cucu Totin. Anak buah semua dah besar ‘not so bujang’ anymore -_-

8. Acara sukaneka

Tak meriah kalau tak ada sukaneka. Sebenarnya aktiviti macam ni lah yang jadi hubungan kekeluargaan tu semakin erat. Betul tak? Kalah menang tak penting, yang penting masing-masing ‘have fun!!‘ Untuk acara sukaneka, kami serahkan pada pihak hotel. Yang bestnya hotel D’nelayan ni dah siap organized kan sukaneka buat kami. Jadi tak adalah kami pening-pening nak tubuhkan AJK untuk handle sukaneka. Semua ahli keluarga boleh turut serta dalam semua acara!

Antara game sukaneka hari tu. Asingkan kacang dalam beras. Selain tu, ada game tarik upih, balik belon (yang ni paling tak suka. sebab Totin paling benci baling-baling belon tangkap tangkap bola. Haha dari zaman sekolah memang tak hebat menangkap bola)

Acara kanak-kanak, tarik buah kelapa, isi air dalam botol dan macam-macam. Tak banyak gambar yang Totin ambil, sebab AJK siaraya pun sibuk main game sekali. wakakaka.

Ni Team Totin. Kami namakan team kami ‘LOSER’ wakakak sebab semua game kami kalah teruk. HAHA memang loser abis!

Team Juara untuk sukaneka. Team ni tak aci sebab ramai ‘hero’

Hadiah hamper tu pihak hotel dah sediakan siap-siap untuk sukaneka. Best kan?

9. Photo Session

Jangan lupa, setiap kali family day, yang penting mestilah acalah bergambar! Make sure acara ni kita buat awal-awal sebelum aktiviti sukaneka tadi. Sebab bila dah bersukan, for sure tak ramai yang ada ‘mood’ nak bergambar.

Moment ni lah yang paling penting. Kita tak tahu bila kita dapat berkumpul macam ni lagi kan?

Ni pula gambar kami selepas sukaneka. Semua hitam legam tapi yang penting tetap ceria!

Actually untuk photo session, kami ada dapatkan abg drone yang rakamkan setiap aktiviti kami dari atas drone. Memang cool. Tapi gambar tak siap lagi tak dapat lah Totin nak tunjuk dekat sini.

Okay ni aktiviti tambahan. Kitorang bayar extra nak main banana boat. Tapi sayangnya takde gopro nak ambil video. Abg drone pun dah hilang kemana. Kesudahannya dapat gambar dari sisi belakang begini jekla haha. Actually ni first experience I naik banana boat. Jakun gila ok! Paling best past last-last bila banana boat tu terbalik! Mencabar abis!

Okaylah, ada sesiapa yang plan nak buat Family Day? Harap info-info ni bermanfaat!

Thanks for reading!

 

Leave a comment