Keratosis Pilaris

Aduh tergeliat mak nak sebut nokk! Memang nama penyakit nampak macam seram sahaja, tapi relax. Jangan nervous. Tak ada apa-apa. Ini masalah simple sahaja. Tak akan membawa maut.

fs

Keratosis Pilaris itu orang panggil kulit ayam (chicken skin). Tak ada lah sampai keluar bulu pelepah macam ayam itu tapi kulit jadi kasar-kasar berbintat bintat tapi bukan jerawat tau. Suka sangat attack dekat lengan, peha depan, bahagian buntot (ups malu lah nak cakap) tapi dekat situ lah yang selalu banyak. Lagi-lagi bila kulit kita cenderung kering.

Sebenarnya masalah muka yang pop up tak licin tapi menggerutu itu sama dengan keratosis pilaris yang terjadi di muka. Mungkin lah. Tak berani nak confirmkan sebab tak tengok depan mata sendiri.

Penyebabnya tak tahu lah kenapa. Kemungkinan besar sebab genetik. Cuba tanya mak ayah kita ada bintit-bintit macam gini tak? Jangan-jangan ada juga! Bila folikel pada bulu roma kita tersumbat secara tiba-tiba tanpa diduga, maka terjadilah bintit ini atau nama glamournya keratosis pilaris. Fuhyo ada nama glamour okeh.

Zoom in gambar dari En. Google. Pergi check dekat badan, ada bintat-bintat cenggini tak?

Tips menghilangkan keratosis pilaris yang gila glamour ini.

  • Jangan nervous. Kan dah cakap tak akan membawa maut. Keh keh keh bengang betul baca tips pertama ni.
  • Okay serious sikit. Tips kedua adalah, rajin pakai lotion pelembab, 2-3kali sehari. Pakai banyak kali sebab lotion pelembab ini akan mengelakkan daripada bintit-bintit bertambah banyak dan memburuk. Tak kesah nak beli lotion apa tapi sebaiknya beli di farmasi, yang khas buat skin treatment. Ingat! Jangan beli  lotion dengan mencium bau wangi. Lotion wangi berperfume itu tak bagus. Bukan melembabkan kulit malah membuat kulit menjadi kering kontang nanti.Recommended, Lactic Acid Lotion dari Amlactin. Yang ini bagus. Sangat bagus untuk dry skins yang mempunyai masalah penyakit gila glamour ini.
  • Mandi pakai sabun yang melembabkan. Baby foam ataupun Dove memang recommended.  Jangan pakai Dettol. Tak sesuai dengan masalah kulit. Kulit anda bukan ada masalah berkuman jadi tak usah pakai Dettol.
  • Yang ini memang betul-betul tips punya. Dapatkan ubat Retinoic Acid di pasaran. Tak payah di pasaran, boleh beli dengan Dr. Totin Jamain juga. Ecececeh. Cakap dengan dokter itu, nak beli Retinoic Acid ataupun Retin A 0,025%. Tanya dulu ada stok lagi ke tak. Untung-untung ada stok, boleh dapat satu dua tiga empat atau lima.

Okay semua. Selamat mencuba. Ada apa-apa nak tanya lagi sila tinggalkan pesanan selepas bunyi *teeettttttt*.

Dah start merapek. Baik pergi end post sekarang juga.

19 thoughts on “Keratosis Pilaris

  1. Woah! thanks for answering the question. thanks thanks thanks.
    So you mean can use Retin A? apply it like how u teach us at previous post (for pimples)?
    Thanks for the helpful tips. (running to the store for lotion). wakakaka…

    Like

  2. kak totin,saye pon ad jugak penyakit glamour ni.kadang2 malu jugak nak pakia bju short sleeve tapi main bedal je.=). baru sy taw kulit sy ni nak di belai2 pakai pelembap.sblom ni sy punye lah pki antabax lah konon2 berkuman.skunk dah tukar ke shokubutsu.heeeee ;)..thanx ye kak totin!!!

    Like

    1. Malu bertanya sesat jalan. haaa nasib baik ada orang tanya. kalau tak sampai bila-bila tak tahu kan! 🙂 okaay selamat membelai kulittt sendirii!

      Like

  3. And and, nak beli facial cleanser yang seswai dengan kulit berminyak (area Tzone dan dagu), pores besar area sebelah hidung and jerawat selalu kuar tempat yang sama; pipi and area mulut –> produk ape ea? hihihi.

    yang saya dah try tp xde kesan pon; neutrogena, safi, oxy, eversoft, lactacyd, biore, clean & clear. now using alaisyah. kulit xminyak sgt, but jerawat is still on..

    Thanks doktor :))

    Like

  4. i pun nak tau..AmLactin available in malaysia x? cannot seem to find them in usual pharmacies.online sume overseas..thanx for sharing! =)

    Like

  5. thanks doc for the info. i sebenarnye dah lame ade KP ni, tp ignore je, bru skarang tahu. sebab x tahu nme saintifik nye.

    Like

Leave a comment